Pilihan raya Abdul_Hamid_Othman

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995, beliau menang di kawasan parlimen P013 - Sik, Kedah.

Pada pilihan raya 29 November 1999, beliau kalah bertanding apabila menentang Datuk Prof. Shahnon Ahmad (Pas) yang bertanding buat pertama kali, Dr Abdul Hamid memperolehi 13,026 undi manakala Shahnon mendapat 13,504 undi. Oleh itu, jawatan beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri hingga 1999 sahaja. Ketika ini BN/UMNO berhadapan dengan gelombang reformasi pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dipecat pada 1998. Dua DUN di Sik iaitu Belantek dan Jeneri turut terlepas kepada PAS.

Selepas itu, beliau dilantik sebagai Senator di Dewan Rakyat untuk membolehkannya menganggotai semula kabinet. Pelantikan beliau sebagai senator tamat selepas enam tahun. Kekosongan beliau diisi oleh tokoh agama iaitu Brigedier Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin yang dilantik sebagai Senator.

Pada 1999, DUN Belantek, Sik turut dimenangi oleh calon PAS iaitu Mohd Isa Shafie dengan majoriti 492 undi menewaskan calon BN Siti Meriam Salleh manakala di Jeneri, wakil PAS Yahya Abdullah menang dengan majoriti 393 menewaskan calon BN yang merupakan penyandang Mohd Hadzir Mohd Jaafar.